Pages

klik klik klik

Thursday, January 23, 2014

'Memilih' kawan

Salam..

Tiba-tiba dapat idea nak dikongsi.
Pasal 'memilih' kawan.
Yup. Tak salah nak memilih kawan.
Alah, macam yang selalu ditulis dalam karangan spm tuh.
Punca masalah remaja adalah kerana pengaruh rakan sebaya.
So kene berhati-hati dan memilih kawan.

Tapi bukan memilih yang tu yang aku nak cerita.
Ni pasal 'MEMILIH'.
Nampak kan ada '..' tu.

Ramai jugaklah yang aku dok perati agak selektif dalam berkawan.
Nak yang macam cantik macam comel je.
Nak yang kepuk-kepuk wang tunai di saku.
Nak yang letop-letop glamer gitu.

Kenapa nak kena gitu ek?

Simple.
Biasalah nak tumpang sekaki. Menaikkan rating dan saham.
Tak mainlah dengan orang yang low profile ni. Tak standard. Katanya lah kot.

Ada pulak tu kawan aku yang bertanduk kecil bermulut puaka sejenak

"Kau perasan tak. Si Minah tu (bukan nama sebenar) nak kawan dengan orang yang cantik-cantik je. Semua kawan-kawan dia cantik. Tapi dia sorang je tak cantik."

Boooommm!!!

Mohonlah jangan terperasan diri tu Si Minah ok.

Sebenarnya tak perlu kot nak memilih dalam berkawan ni. Kawan jelah dengan semua orang. Apa salahnya. Macam aku. (eceeehh). Aku ok je kawan dengan sesiapa pun. Orang lain je yang tak nak kawan dengan aku. Sebab kononnya aku sombong. (sedih) Haish. Ada bezalah sombong dengan pemalu. Kihkih



Memang aku setuju tapi yang ni pun aku setuju jugak....

"alah..kalau dia betul betul wangi, takkan dia risau dgn bau tengik hang"


boleh tengok video di atas

Ayat mat luthfi tu serius sentap.
Tapi ada betulnya lah.
Kalau kita dah betul-betul bagus kenapa kita nak takut nak berkawan dengan orang jahat.
Kan ke lebih bagus dapat ajak ke arah kebaikan.
Precaution maybe.
Semacam makruh lah.
Tak salah tapi tak digalakkan sangat sebab mendorong ke arah tak baik.
Macam pesan Imam Al-Ghazali tentang kawan.

Tapi
Kalau si baik tak nak kawan si jahat
Siapa nak kawan dengan si jahat kalau bukan si jahat yang lain
Lalu si jahat akan bertambah jahat
Melainkan mendapat hidayah (mungkin tersedar atau ada si baik yang memimpin si jahat)

Hmm

Entahlah

Tak tahu

Nak buat perenggan penutup macam mana.

Tolak markah dah ni.

Kbye.

xoxo,
samofa

No comments:

Post a Comment