Pages

klik klik klik

Friday, October 25, 2013

Hari pertama sekolah

Tadi berborak-borak dengan alliya sambil makan nasi lemak. Entah dari mana mulanya, tiba-tiba masuk cerita masa sekolah. Lalu buat aku teringat cerita aku di darjah satu.

Aku melangkah masuk ke bilik darjah selepas membuka kasut di pintu.

"Eh..kenapa bukak kasut. Pakai balik."

Cikgu tu tegur aku. Aku yang blur-blur pun pakailah balik kasut aku tu. Aku fikir sejenak.

Kenapa kena pakai kasut?

Maklumlah.Masuk rumah kena bukak kasut.Masa tadika pun kena bukak kasut.

Pelajaran pertama : Masuk kelas tak payah bukak kasut.





Selepas semua murid duduk di tempat duduk masing-masing, cikgu ambil kedatangan. Nama yang disebut kena angkat tangan.Sorang-sorang nama disebut.

"Mohd Fauzi?"

Eh tu kan nama apak. Kenapa cikgu panggil nama apak?

Aku konfius tapi aku pun angkat tangan. Cikgu buat muka pelik. Berdekatan dengan aku pun ada budak yang angkat tangan.

"Nama kamu Mohd Fauzi ke?"cikgu tu tanya aku.

Aku geleng."Tu nama ayah saya."

"Nama kamu siapa?"

"Sabariah"

"Angkat tangan bila saya panggil nama kamu. Bukan nama ayah kamu."

Budak yang nama Mohd Fauzi tu pun macam tak puas hati dengan aku sebab aku angkat tangan bila nama dia kena sebut. Macam berebut pulak.

Pelajaran kedua : Time ambil kedatangan, angkat tangan bila nama SENDIRI disebut.



Alahai..comelnya lah aku darjah satu!

xoxo,
samofa



Wednesday, October 9, 2013

Contest Original Vintage for Ladies by LaishCloset4u

*sila gatalkan tangan klik banner di atas ni untuk men'join'*

Salam u'olss..

Lama dah gua tak menyibukkan diri dengan contest or GA ni..tapi kali ni gua join sebab owner ajak..muahaha..thanks tuan punye contest..haaa..yang takde keje tuh, meh ler join contest ni..function nokk..tak leceh pun syarat dia..

Sebab-sebab aku suka vintage :

  • Nampaklah keperempuanan sikit (manjang nak jadi jantan je gua)
  • Just a coolsweet style (tagline gua ni)
  • Boleh bajet-bajet princess yang jalan kat taman bunga lepastu ada angin-angin sepoi..(drama sangat!)
  • Boleh perasan diri macam taylor swift..muahaha


Dah lerr tu..mengarut sangat jawapan gua ni..terlebih santai pun susah jugak..kang ade yang makan selipar saiz 9 pulak..(mak aihh..beso kaki)..

Cik-cik yang ditag secara random..nampak sikit vintage pakai cik-cik kan..
Cik akak
Cik chubby
Cik jari manis


Expired : 15 Oktober 2013

xoxo,
samofa


#WordlessWednesday : #2 Ini Boipren Saya!


Sunday, October 6, 2013

Sudah-sudahlah tu nak hentam JDT

Salam..

Sejak sambung study ni, aku tak berkesempatan nak tengok bola..bukan sebab busy tapi sebab tak ada tv..nak lepak mamak tak ada geng lah pulak..maklumlah perempuan lemah lembut macam aku ni tak ramai yang follow bola-bola bagai ni..even tak tengok, tapi aku still follow lagi-lagi kalau ada game jdt..

Time suku akhir pertama jdt lawan trw, jdt menang 4-2..alhamdulillah..

Tapi yang kedua ni, jdt kalah 6-1..aku yang tak tengok game nye tu pun dah rasa kecewa dan sedih sangat..apatah lagi yang tengok kan..

But we still support jdt..kalah menang tu adat kan..kita terima jela ketentuan illahi..yes, maybe sebab tiada Al-Hafiz, jdt a bit different but for sure we must accept all of this..also, takziah buat Al-Hafiz yang kehilangan anaknya..

Tapi..yang aku tak faham..kenapa wujud orang yang melaga-lagakan..yang jadi batu api..past is past right..

Kita cuba nak melupakan..tapi tengah bersedih, kita di'provoke'..siapa tak baran kan..



Atas ni antara page yang mencetuskan pergaduhan..aku tak nak tunjuk page apa sebab nanti ada pulak yang pergi page ni tambah komen-komen tak puas hati..gaduh-gaduh..fitnah-fitnah..

Page di atas ni pun bukan page bola..just page lawak..maybe admin nak bergurau tapi sayang lah kan gurauan tak bertempat..admin patut peka perasaan orang lain..

Ni bukan pertama..before-before ni pun dah ada post macam ni..dan pada pandangan aku, admin ni orang kelantan..rasanya kelantan tu negeri yang islamic kan..tak tergambar lah islamic tu kalau buat macam ni..apa kata doa-doakan ke..kan ke tambah pahala macam tu..boleh jugak aku terasa nak sokong trw..

page trw ni bagus..full of spirit..tak laga-lagakan pun..


Yang ni pun aku tak suka..kenapa nak masuk campur dengan peribadi..tak paham sungguh..real fan real football la..walaupun aku ni memang tak suka aidil pasal kes rumahtangga dia, bini mat yo hmmm paham-paham lah..dan lain-lain..tapi bila kat padang, aku pandang diorang as player..tak heran pun cerita personal diorang..bukan bini dia pun yang main bola..aishhh...



love ur tmj


Keeper tak ready..main kotor..makan suap..and whatsoever pun..hanya tuhan yang tahu..terima saja lah ketentuan..kita kalah bermaruah :)


p/s : janganlah kita bergaduh kerana sebiji bola..*bangga aku kalau jadi bola..muahaha

xoxo,
samofa






#SundaySong : #1 Blackrose - Penantian

Salam..disebabkan hari ni hari ahad, so aku namakan lah SundaySong..just like a segment untuk kongsi lagu yang terasa nak dikongsi..tak kisah lah lagu melayu, omputeh, kpop, yendon, hindustan, dangdut skalipun..yang klasik, lama, oldschool, baru-baru or yang tengah meletop..senang cerita yang terlintas lah..tak kisah jugak terkeluar dari hati, tershuffle dari song playlist or terdengar dari radio..

Sharing di sini jugak boleh dari apa jua bentuk..nak letak lirik ke..mv ke..kord ke..or nak share cerita korang di sebalik lagu tu boleh..haaa..panjang pulok mukadimah..

For the SundaySong yang pertama ni, aku pilih lagu Penantian by Blackrose..kenapa?sebab terdengar dari lagu-lagu ibu..hehe..

Bila aku dengar lagu ni, aku rasa macam tersentuh pulak..tak tahu lah kenapa..rasa macam ada chemistry gitu.. dengarlah sendiri..lagu-lagu jiwang ni memang sesuai untuk orang-orang yang sunyi macam aku ni..muahaha..sepi la sangat..

"tetap setia menantimu"..part yang paling aku suka sekali!


Lirik lagu Penantian by Blackrose

Sepi di kamar ini
Hanya lilin tuk menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian sendirian...

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan
Pengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa
Pada bayangan yang tak pasti... oh...

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa... oh...
Aku tenggelam...
Kehampaan...
Sendirian...

Mana sinaran ?...
Terangilah hidupku
Tak sanggup lagi... aku... sepi...


xoxo,
samofa

Tuesday, October 1, 2013

Si topeng yang berduka



Terkapai aku di lautan manusia
Setiap hari wajah baru yang ku temui
Tiada tempat yang tiada orang
Tapi entah mengapa
Aku merasakan
Aku keseorangan

Senyap dan sepi
Mulut ku berat bagai ada emas
Malas untuk berkata
Penat senyum tanpa keikhlasan
Letih ketawa dengan keterpaksaan

Topeng
Hipokrit
Mungkin ya
Tapi di sebalik topeng sandiwara ini
Tiada yang tahu
Hitamnya kedukaan

Aku cuba
Mungkin perlu masa
Tapi aku sendiri tak pasti
Sampai bila
Aku perlu menjadi pelakon

Petik gitar
Rindu aku mengalunkan melodi
Walaupun buruk bunyi yang dikeluarkan
Tapi mampu membawa jiwaku pergi

Berbekal kenangan bersama kamu dan mereka
Aku kumpul semangat
Terima kasih wahai kamu dan mereka
Atas memori dan kata-kata 
Yang mampu menghidupkan kembali
Diri aku yang sebenar

xoxo,
samofa