Pages

klik klik klik

Saturday, August 31, 2013

Merdeka untukku

Tanggal gigi nenek satu,
Tahun depan tanggal lagi satu,
Merdeka merdeka....

Salam semua,
Korang pernah tak nyanyi lagu tanggal 31 versi macam tu..lagu zaman kecik2 dulu ni..bukan bermaksud nak mempersendakan lagu patriotik tapi anak-anak kecil termasuklah aku dulu masih belum memahami erti sebenar kemerdekaan..

Yang aku tahu masa tu hanyalah ada satu hari di sekolah..duduk di tapak perhimpunan..ada ucapan..ada orang baca sajak..ada yang berlakon perang2..dan yang paling best sekali,nyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat sambil kibarkan bendera jalur gemilang..walaupun bendera tu jenis yang ada gula-gula kat batang, tapi semangat yang penuh keikhlasan dan sedikit naif tu sangat manis..

sape pernah beli gula-gula bendera ni?hehe

Sebelum hari sambutan tu ada jugak pertandingan mewarna..beli lah kertas tu dua puluh sen,then warna lah walaupun buruk..seronok sangat!hee..

lebih kurang macam ni jugaklah*sampai terbalik kertasnya

Itu semasa sekolah rendah..bila dah masuk sekolah menengah, jadi lebih matang..dah belajar sejarah,so dah tahu erti kemerdekaan yang sebenar..duduk pulak kat asrama,so always dok countdown hari merdeka ni..either buat kat dataran sekolah ataupun asrama..memang seronok sambut malam-malam ada bunga api pulak tu..

 ni namanya tumpang kasih dengan orang yang ada bendera..haha

Tapi before sambutan tu ada buat sembahyang ramai-ramai..tanda bersyukur duduk di bumi merdeka ni..ada jugak makan ala-ala orang dulu2..ubi kayu and sambal tumis..sedap wo!!

Ada persembahan..pertandingan sketsa antara dorm..pertandingan keceriaan dorm pun ada..pertandingan lagu patriotik lagi..memang meriah..

semangat betol!

ni budak dorm aku *pegang apa tu?ohh..tak hafal lirik..nak kena babab ni..

taraa!!pehh siap pegang buku lagi aida tu..semangat pmr masa ni..

Yang ni just yang terakam..paling best punya celebration masa aku form ........ ok tak ingat..yang penting kat sekolah..lagi satu masa kat dataran hostel then ada sketsa..sumpah,aku tak boleh lupa sketsa dorm teratai masa tu..pasal tali barut..kelakar gila..babak apa tah yang famous gila di kalangan aspura time tu..sebab ada adegan rogol..hakhak..lawak gila..terbayang muka apid yang "ketangketung" masa tu..

Bila dah masuk universiti..err..macam boring je..part berapa ntah dok dewan tengok tayangan yang dah ditengok sejak zaman sekolah rendah dulu tu..dok rumah tengok firework..

Seriusly aku suka sangat tengok firework ni..rasa gembira gila!haha..ok mengarut dah..

canteknye!!!0.0

Btw, selamat hari kemerdekaan yang ke....56 lah!!haha..(padahal tengok kat tv baru tahu)..
But at least aku tahu merdeka tahun 1957..bebudak sekarang entah tahu ke tak kan..
Tak caye try lah tanya..

p/s : sambutan merdeka tahun ni..terpaksa tengok nightline semata-mata nak sambung habiskan megamovie transormer..



xoxo,
samofa





No comments:

Post a Comment