Pages

klik klik klik

Sunday, June 23, 2013

Lelaki itu


Lelaki itu
Muncul di kala hati sepi
Menggetarkan jiwa yang lama terhenti
Membuaikan rasa saat di sisi
Tertanya aku cintakah ini

Lelaki itu
Hanya setia pada yang satu
Walau yang satu itu sudah lama menyatu
Satukan cinta bukan denganmu
Mengajarkan aku kejujuran palsu

Lelaki itu
Meratap kenangan yang hilangnya kian
Tertutup pandanga buat yang lain
Juga buatku yang tiada kesempatan
Mengenalkan aku tentang kekecewaan

Lelaki itu
Dihempap penyesalan tiada penghujungnya
Menyalahkan diri punca keadaan
Aku terpendam akan perasaan
Aku tahu itu kebodohan

Lelaki itu
Bimbinglah hati cari pengganti
Meski bukanku yang bakal mengisi
Layakku hanya setia memerhati
Pengorbanan untukmu itu yang pasti

Ikhlas dari ku yang jauh,
Perempuan ini



No comments:

Post a Comment